Faktor yang menyumbang terhadap dilema guru:
Menurut Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (KPPK), N. Sivasubramaniam, fenomena guru dera murid berkesinambungan dengan beban tugas dan tanggungjawab berat yang terpaksa dipikul oleh para guru dalam merealisasikan cita-cita kerajaan untuk mewujudkan Malaysia sebagai sebah negara industri yang maju.
Beliau menyenaraikan beberapa lagi faktor yang menyumbang terhadap dilema guru:
Tidak ada motivasi dan insentif.
Tugas dan sumbangan yang tidak diikhtiraf.
Penempatan guru tidak mengikut pilihan dan keperluan sekolah.
Gaji yang tidak setimpal.
Tekanan oleh Pentadbir, Jabatan Pendidikan Negara (JPN), Pusat Pendidikan Daerah (PPD), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), masyarakat, parti politik dan agensi-agensi lain.
Tiada perlindungan daripada ugutan dan serangan oleh ibu bapa, murid-murid dan masyarakat.
Kemudahan asas sekolah yang tidak mencukupi atau tiada langsung.
Tugas-tugas tambahan selain daripada mengajar.
Harapan terlalu tinggi oleh Pentadbir, PPD, JPN dan masyarakat terhadap guru.
Status guru yang masih di tahap rendah berbanding Perkhidmatan Awam yang lain.
Pilih kasih di kalangan Pengetua atau Guru Besar.
Bilangan murid yang terlalu ramai.
Keadaan kerja dan peluang kenaikan pangkat atau gaji yang lebih baik dan adil di sektor lain.
Sikap tidak peduli di kalangan Pengetua, Guru Besar, Pegawai JPN dan PPD.
Diminta mengajar mata pelajaran bukan pilihan.
Bosan (Burn-out).
Jawatan guru tidak mempunyai jadual kerja yang tetap.
Para guru tidak dapat membuat keputusan atas hala tuju atau dasar sekolah.
Penilaian prestasi yang tidak adil.
Pencerapan oleh guru-guru muda.
Terlalu banyak mesyuarat guru atau kursus.
Kekurangan guru.
Tiap-tiap pengarah mempunyai sasaran atau matlamat masing-masing. Para guru kerap mengalami kesukaran menyesuaikan diri menghadapi perubahan tersebut.
Tuesday, February 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
semoga aku diberi kesabaran yang tinggi dalam bakal menempuhi alam perguruan..Amin
ReplyDelete